Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Nov 09, 2023
RM435 / 4.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
37 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Masjid Al Makmur Kg Seri Makmur, Parit Sangit adalah sebuah masjid yang terletak dalam Mukim Lubuk, Batu Pahat, Johor. Bangunan masjid ini telah dibina lebih 50 tahun yang lepas dan mempunyai Jemaah Kariah berjumlah kira-kira 200 orang dari sekitar Kg Seri Makmur, Parit Sangit serta kawasan Jalan Batu Putih Darat.
Masjid Al Makmur ini mempunyai binaan separa papan dan batu. Keuzuran masjid ini kian ketara dari masa ke semasa. Walaupun telah beberapa kali diperbaiki, namun, akhirnya terpaksa akur kepada kehendak zaman.
Antara cadangan adalah mengadakan pusat aktiviti warga emas serta aktiviti sukan seperti memanah. Perancangan juga dilakukan untuk menjadikan masjid ini mesra internet dan mesra jemaah sesuai dengan peredaran zaman. Menjadikan masjid ini sebagai pusat penyebaran maklumat serta menjadi pusat pertemuan masyarakat. Menggabungkan teknologi moden dan tradisi lama sebagai pemangkin untuk melahirkan jemaah yang berilmu dan beriman.
“Sesiapa yang menunjukkan kepada perkara kebaikan nescaya dikurniakan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang melakukan kebaikan tersebut” (Hadith Riwayat Muslim)
Mudah-mudahan segala yang kita infaqkan dan dermakan dengan tulus ikhlas akan diterima oleh Allah SWT seperti firman Allah,
“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah samalah seperti menanam sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap satu tangkai pula mengandungi seratus biji dan Allah akan menggandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah Maha Luas Rahmat dan Limpah KurniaNya lagi Maha Mengetahui." (Surah Al Baqarah ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 10, 2023