MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 18, 2024

INFAQ BAIK PULIH KENDERAAN ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF KE SOLAT JUMAAT

RM335 / 11.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

13 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah berinfaq baik pulih kenderaan yang rosak untuk anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini untuk kemudahan pergerakan para pelajar ke solat Jumaat dan menghadiri kegiatan keagamaan.


Maahad Tahfiz Nurul Hidayah yang kini sudah beroperasi hampir 15 tahun dahulunya memiliki 3 buah van, tetapi, sekarang 1 van mengalami kerosakan yang membuatkan kos penyelenggaraannya meningkat. Setelah ketiadaan van tersebut, pihak maahad terpaksa berulang alik untuk menghantar para pelajar lelaki seramai 35 orang ke masjid untuk solat Jumaat dan menghadiri kegiatan keagamaan seperti jemputan solat jenazah, jemputan kenduri, ke majlis bacaan Al-Quran, jemputan majlis tahlil, lawatan ilmiah dan lain-lain lagi. Adakalanya para asatizah terpaksa menggunakan kenderaan mereka sendiri untuk berkhidmat menghantar kepada para pelajar.



Dalam usaha kami untuk memastikan kelancaran aktiviti pengangkutan dan keselamatan pelajar, kami memerlukan dana untuk membaiki van tersebut. Oleh itu, kami dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon sumbangan infaq dari anda semua dengan seikhlasnya bagi membantu dalam pembaikan van pengangkutan kami yang rosak dan uzur ini.



Pembaikan van ini sangat penting bagi kami kerana ia memastikan para pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan asnaf dapat tiba di masjid dengan selamat dan selesa, terutamanya dalam keadaan cuaca yang panas dan hujan. Keselamatan dan keselesaan mereka adalah keutamaan kami, dan dengan bantuan dari individu-individu yang prihatin, kami yakin kami dapat melaksanakan pembaikan tersebut dengan segera.



Melalui sumbangan infaq ini, para penyumbang bukan sahaja dapat memudahkan urusan para pelajar bahkan meraih pahala yang berlipat ganda kerana setiap sumbangan yang diberikan akan memberi pelbagai manfaat yang besar kepada pelajar-pelajar kami.


“Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”

(Riwayat: Muslim)



Marilah kita sama-sama menyumbang bagi memudahkan pergerakan para pelajar tahfiz ini. Mudah-mudahan dengan infaq baik pulih van yang rosak ini, anda akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Setiap sumbangan amat bermakna bagi kami dan para pelajar. Jazakumullah khairan kathira atas perhatian dan sumbangan anda semua.


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

NUNEZ

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 19, 2024

Kempen Sumbangan Tamat