MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jan 30, 2023

BANTUAN PENDAWAIAN ELEKTRIK ASRAMA PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN YATIM

RM995 / 19.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

70 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

BANTU SEDEKAH BAGI PENDAWAIAN ELEKTRIK ASRAMA PELAJAR TAHFIZ. MOGA HASIL SUMBANGAN ANDA MENJADI PEMBERAT KEPADA TIMBANGAN AMAL DI AKHIRAT NANTI.


“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)


Sedekah sebenarnya mempunyai maksud yang cukup luas dalam Islam. Secara mudahnya, ia boleh didefinisikan sebagai pemberian oleh seseorang kepada orang lain yang memerlukan dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. sama ada pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, sanak-saudara, mahupun untuk kepentingan fi sabilillah.



Kita sedia mengetahui bahawa tenaga elektrik merupakan keperluan asas yang penting dalam kehidupan kita. Dalam kehidupan seharian, kita banyak menggunakan elektrik bagi memudahkan setiap pekerjaan dan memudahkan aktiviti seharian. Tidak kira dimana sahaja, di masjid, rumah, sekolah, pejabat, kedai dan sebagainya pasti menggunakan elektrik.



Bekalan elektik juga menjadi salah satu keperluan prasarana yang sangat penting dalam kehidupan di warga maahad dan anak-anak tahfiz. Dengan adanya elektrik, kegiatan keseharian para pelajar dapat berjalan dengan normal. Mulai dari tidur dan bangun tidur, membaca Al Quran, menghafal Al Quran, belajar ilmu pengetahuan umum dan kegiatan bermanfaat lainnya. Hal ini juga turut dirasakan oleh puluhan anak-anak tahfiz di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah.


Sehubungan itu, bagi menyuburkan amalan sedekah yang merupakan amalan dicintai Allah pihak maahad mengadakan kempen sedekah bantuan pendawaian elektrik bagi bangunan asrama pelajar tahfiz kepada muslimin muslimat. Anggaran kos yang diperlukan adalah RM5000 bagi menyempurnakan pemasangan pendawaian elektrik asrama pelajar yang baharu bagi kemudahan anak-anak tahfiz di sini sebelum tibanya ramadhan.



Cuba bayangkan, ketika kita sedang menikmati kipas angin di siling rumah atau sedang asyik menonton televisyen, ada anak-anak tahfiz terpaksa berpanas dan bergelap kerana ketiadaan elektrik di asrama. Apatah lagi kalau mereka sedang asyik menghafal Al-Quran, tiba-tiba elektrik asrama terputus. Pasti usaha suci mereka terbantut disebabkan gangguan elektrik. Takkan kita nak berpeluk tubuh melihat mereka yang berusaha menjaga kalam Allah terus berada dalam kesulitan, tetapi kita pula terus berada dalam kemudahan. Sedangkan kita sebenarnya ada peluang dan pilihan untuk membantu mereka.



Akhir kata, jazakumullahu khairan jaza kami ucapkan kepada semua penyumbang yang telah berbesar hati memudahkan urusan kami di sini, semoga jasa dan budi baik kalian semua di rahmati oleh Allah SWT. Setiap sedekah yang kalian keluarkan akan memberikan kebaikan dan pahala yang berlimpah untuk serta dapat memberikan kebahagiaan bagi penerima manfaat tersebut. Amin.


“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat