MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 10, 2024

RAYU DANA PEMBELIAN BESI UNTUK PEMBINAAN PAGAR RUMAH TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM226 / 2.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH KEBERKATAN DAN PAHALA YANG MUDAH DENGAN BERINFAQ DANA RM10 AWAL MUHARRAM 1446H UNTUK MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT.


Bantulah anak-anak tahfiz yatim dan asnaf ini untuk membina pagar rumah pengajian mereka agar mendapat tempat tinggal yang selesa dan selamat. Anak-anak yatim dan asnaf ini juga berhak mendapat tempat yang selesa untuk belajar kerana mereka adalah golongan memerlukan bantuan. Marilah sama-sama kita saling berkongsi rezeki dengan anak-anak syurga ini kerana mereka adalah anak-anak kesayangan Rasulullah SAW. Menyayangi dan menyantuni anak yatim juga dapat membuat kita mendapatkan perlindungan di hari kiamat kelak.



Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah memerlukan dana untuk membina dan membeli pagar untuk dibina supaya bangunan ini selamat dan selesa buat penghuni rumah anak-anak tahfiz yatim dan asnaf di sini. Untuk makluman, sehingga sekarang pihak maahad hanya mampu membina pagar daripada plastik untuk penghadang jalan sebagai inisiatif pagar tahfiz buat sementara.



Maahad tahfiz mengajak orang ramai agar sama-sama membantu anak-anak ini berjihad menuntut ilmu agama dalam kehidupan mereka dan menyebarkannya kepada orang lain tentang tanggungjawab agama yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Bahkan kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW perlu mencontohi baginda Rasulullah dalam agama dalam beramal dengan syariat Allah di muka bumi ini.



Allah SWT memuliakan orang yang bersedekah. Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi. Harta orang yang suka bersedekah tidak akan berkurangan. Tambahan pula, terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.



Memberi sedekah kepada anak yatim dan asnaf juga dapat membuka pintu rezeki yang lebih besar. Jika seseorang memberikan sedekah dengan tulus dan bersih hati, Allah akan memberikan rezeki yang berlipat ganda sebagai balasan. Rezeki ini tidak hanya berupa wang semata-mata, tetapi juga berupa kesihatan atau kebaikan yang datang dari orang-orang di sekitar.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM96.00

Jul 12, 2024

MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 12, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 11, 2024

Kempen Sumbangan Tamat