INFAQ MAKANAN SARAPAN PAGI PELAJAR PEPERIKSAAN DI JOHOR

RM240 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,000

17 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH MENANAM SAHAM AMAL DALAM MEMBERIKAN MAKANAN SARAPAN PAGI KEPADA PARA PELAJAR YANG BAKAL MENGHADAPI PEPERIKSAAN, SEMOGA IANYA MEMUDAHKAN URUSAN MEREKA WALAU SEKECIL APAPUN PEMBERIAN DARI KITA,AMIN


Assalamualaikum. Para pelajar merupakan antara kelompok yang tergolong didalam kelompok fisabilillah tanpa mengira peringkat umur mahupun latar belakang teras pendidikan yang diambil, dan sebagai seorang pelajar, mereka akan berdepan dengan peperiksaan sama ada ujian bulanan atau tahunan terutamanya peperiksaan penting Sijil Peperiksaam Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).


Justeru itu Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat dengan ini ingin berkongsi peluang dengan semua dalam usaha kami untuk membantu dan meringankan beban para pelajar terutamanya kelompok yang memerlukan yang bakal menghadapi peperiksaan di sekolah-sekolah sekitar Johor. Kami akan menyediakan makanan sarapan pagi kepada para pelajar. 



Statistik negara menunjukkan bahawa pendapatan bersih rakyat semakin menguncup dan kuasa beli rakyat semakin terjejas. Kenaikan harga ini mengakibatkan bahagian peruntukan membeli makanan semakin menguncup sebagai contoh kenaikkan harga minyak masak, harga ayam meningkat dan pelbagai lagi. Sehingga mengakibatkan sesetengah keluarga terpaksa mencatu bahagian makanan sedangkan tidak sepatutnya berlaku di dalam negara kita.



Semoga usaha kecil yang dijana ini dapat dijadikan sebagai amal jariah kita semua terutamanya para penderma yang mana berkekalan dan terus mengalir seperti banyaknya air di lautan. InsyaAllah setiap kebaikan yang kita lakukan itu dirahmati Allah, “Mudahkanlah urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita semua”, Amin Ya Allah Ya Mujib.



Firman Allah SWT :

“ Siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah ) maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada Nya kamu dikembalikan.” Surah Al-Baqarah ayat 245


Baginda bersabda, “Sesungguhnya orang terbaik diantara kalian adalah orang yg memberi makan”.

(HR. Ibnu Sa’ad, Al-Hakim, Ath-Thabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 04, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat