Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Aug 02, 2024
RM575 / 19.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
25 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad ingin menyeru kepada saudara dan saudari yang dirahmati Allah SWT untuk menyumbang barang-barang berkhasiat bagi memenuhi keperluan asas harian kepada para pelajar kami. Kami berharap anda memberi kerjasama dalam berinfaq. Selagi mana yang disumbangkan dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar tahfiz dalam menghafal dan memahami Al-Quran, pahalanya akan terus mengalir tanpa henti insya-Allah.
Infaq bahan mentah kering dan basah untuk anak-anak maahad tahfiz yatim dan asnaf amat diperlukan bagi menampung kos perbelanjaan makan dan minum pelajar. Kenaikan harga barang sekarang semakin mendadak bahan mentah telah memberi kesan kepada kewangan maahad. Oleh itu, kami berhasrat infaq ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban kos yang ditanggung oleh maahad.
Oleh itu, pihak maahad memulakan kempen ini dari serendah RM10, muslimin dan muslimat boleh menyumbang untuk pembelian ayam, ikan dan daging dan juga sebagainya. Dalam Al-Quran, Allah menjanjikan rahmat dan berkah bagi mereka yang selalu bersedekah. Dengan memberi makanan kepada orang yang memerlukan, seseorang dapat mengundang rahmat dan berkah Allah ke dalam hidupnya.
Pihak maahad ingin mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang yang sudi berkongsi rezeki dan kebahagiaan untuk anak-anak tahfiz ini. Sedikit sebanyak sumbangan yang telah berikan mampu mengukir senyuman di wajah para huffaz ini. Rasulullah ﷺ bersabda bahawa memberi makan kepada orang lapar akan mendapatkan pahala seperti orang yang berpuasa, bahkan pahalanya lebih besar. Dengan memberikan makanan, seseorang dapat mengumpulkan pahala dan mendekatkan diri kepada Allah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami