Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM4,790 / 11.98 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM40,000
211 Penyumbang
30 Baki Hari
Umum mengetahui, inflasi menyebabkan harga barang naik, sewa rumah dan premis pejabat juga naik lalu menjejaskan kuasa membeli dan menderma rakyat marhein. Majoriti penderma PERKIM Bandar Tasik Puteri (PERKIM BTP) adalah golongan M40, oleh itu derma kami terima susut mendadak!
PERKIM BTP sebagai NGO, kami bergantung 100% dengan sumbangan derma dari orang awam, korporat dan dana diraih melalui sumbangan.com. Susutnya derma diterima secara mendadak membantutkan berbagai usaha dakwah dan kebajikan kami laksanakan. Ini ditambah pula kos operasi juga terjejas teruk.
Antara kos operasi kami adalah untuk Darus Fitrah, premis ini digunakan sebagai:
1. Pusat dakwah
2. Pusat bimbingan agama khususnya kepada muallaf
3. Pusat pengislaman
4. Pejabat operasi
Kos yang perlu ditanggung adalah seperti sewa premis, bil utiliti dan kebersihan.
Van ini digunakan ambil mullaf yang tiada kemampuan dan tiada kenderaan untuk hadir kelas.
Van PERKIM BTP, van ini digunakan untuk mengambil dan menghantar mualaf ke kelas fardu ain secara percuma untuk aktiviti dakwah dan kebajikan. Kos yang perlu ditanggung:
1. Servis van
2. Roadtax dan insurans
3. Diesel (tiada subsidi diesel untuk NGO)
4. Elaun untuk pemandu
Membantu mualaf yang miskin dari segi bantuan makanan, bantuan deposit sewa rumah dan bantuan kecemasan.
Dengan ini kami dengan rendah hati memohon pertolongan dan jasa baik anda untuk membantu kami menampung dana operasi seperti dinyatakan di atas. Kami mendoakan dengan setiap amal jariah sedekah yang anda berikan mnejadi sebahagian jihad di jalan Allah dan semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang diterima syurga.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Nov 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 09, 2024
HAMBA ALLAAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Nov 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 09, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 09, 2024