Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 05, 2023
RM1,750 / 17.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
59 Penyumbang
Kempen Berakhir!
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إلاَّ مِنْ ثَلاَثَةِ: إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Dari Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah bersabda: "Apabila manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalnya kecuali tiga: yaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan kepadanya." (HR Muslim)
Berdasarkan hadis di atas Rasulullah SAW memotivasikan umatnya tentang perlunya mencari amal yang berkualiti, kekal dan bermanfaat baik sepanjang hidup baik di dunia maupun setelah meninggal dunia. Kualiti amal itu tidak akan terputus pahalanya sekalipun seseorang itu telah meninggal dunia, selama amalnya masih dimanfaatkan oleh manusia. Salah satunya amal yang berkualiti itu adalah sedekah jariyah, sekalipun orang yang bersedekah telah meninggal dunia pahalanya tetap mengalir kepadanya selama benda-benda tersebut masih dapat dimanfaatkan manusia.
Ibadah dalam Islam sangat luas dan meliputi seluruh aktiviti harian seseorang hamba. Bahkan tidur pun dinilai sebagai salah satu ibadah yang diganjarkan pahala oleh Allah SWT. Mendapatkan tidur yang berkualiti merupakan perkara penting bagi menjamin kesihatan tubuh badan. Tidur yang berkualiti dapat memeberikan badan kita masa dan tenaga untuk pulih daripada ketegangan hari sebelumnya dan membantu kita untuk kekal cergas dan fokus sepanjang hari.
Fasiliti dan prasarana yang baik, termasuk tempat tidur yang selesa akan sangat membantu anak-anak tahfiz untuk kekal semangat mereka untuk menuntut ilmu. Sehubungan itu, pihak maahad mengadakan kempen untuk pembelian tilam jenic PVC buat 40 orang pelajar tahfiz di sini. Hal ini kerana dalam kalangan para pelajar ada yang mengalami sakit belakang, gatal-gatal dan penyakit kulit apabila mereka tidur beralaskan hamparan toto. Bagi mengatasi masalah tersebut pihak maahad berhasrat menyediakan tilam yang terbaik dan berkualiti agar para pelajar dapat memberikan hak kepada tubuh badan mereka supaya kekal sihat.
Dengan nikmat harta yang Allah pinjamkan mari bersama pihak maahad untuk mengukirkan kegembiraan kepada anak-anak tahfiz di sini dengan bantu untuk pembelian tilam yang terbaik buat mereka. Tujuan pihak maahad memilih tilam PVC adalah untuk memberi keselesaan buat para pelajar kerana ciri-cirinya yang tahan lasak, kalis air dan bersifat anti hama. Impian pihak maahad adalah ingin memastikan agar para pelajar sentiasa semangat dalam mempelajari Al-Quran dengan memberikan kemudahan prasarana tempat tidur terbaik buat mereka. Harga seunit adalah RM250 dan pihak maahad memerlukan 40unit tilam jenis PVC. Jumlah dana yang diperlukan adalah RM10000 untuk merealisasikan pembelian tilam PVC buat para pelajar.
Selain itu, dalam hadits riwayat Ibnu Khuzaimah dan Al Hakim dalam buku 'Dikejar Rezeki dari Sedekah' karya Fahrur Muls ketika amal manusia saling membanggakan diri, sedekah berkata "Aku adalah amal kalian yang paling utama. Ini adalah sebahagian perkataan Umar bin Khatab, "Sesungguhnya, amal-amal itu saling membanggakan diri, maka sedekah pun berkata, 'Aku adalah amal kalian yang paling utama."
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza kepada para penyumbang atas segala jasa dan kemurahan hati kalian untuk pihak maahad menyediakan kemudahan tilam yang selesa bagi anak-anak tahfiz ini. Dengan hadis Nabi SAW dan firman Allah tentang sedekah moga ianya sentiasa menjadi motivasi buat kita agar merebut kesempatan melakukan amalan kebaikan yang berkualiti dalam kehidupan kita yang sebentar saja di dunia ini.Semoga Allah sentiasa limpahkan keberkatan buat hambaNya yang gemar membantu usaha-usaha menegakkan agamanya yang mulia.
“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 21, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 16, 2023
MOHD ISWANDY
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jan 10, 2023