Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM775 / 11.07 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000
58 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Golongan OKU adalah anugerah Allah SWT. Walaupun mereka memiliki kekurangan dari segi fizikal, mereka tetap insan yang memerlukan kehidupan seperti insan-insan lain yang sempurna. Sebahagian mereka juga mempunyai pasangan dan anak-anak yang perlu dibantu. Walaupun ada di antara mereka yang mampu menyara keluarga dengan baik namun ramai juga di kalangan mereka adalah golongan asnaf dan hidup susah yang memerlukan bantuan dan keprihatinan dari kita semua.
Ziarah kami ke beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini telah menemui golongan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meninjau kehidupan mereka. Mereka yang kami temui ini bukan sahaja berstatus OKU, malah mereka juga adalah golongan asnaf yang amat memerlukan bantuan dan sokongan masyarakat untuk meneruskan kehidupan. Sesungguhnya mereka ini tidak mampu untuk bekerja seperti insan-insan lain yang sempurna. Ada di kalangan mereka yang cacat sejak dari kecil lagi dan ada yang cacat akibat kemalangan. Ada juga di kalangan mereka adalah OKU mental. Namun, yang meruntun hati kami apabila menemui pasangan OKU penglihatan yang hidup serba kekurangan.
Oleh itu, atas rasa simpati terhadap golongan OKU asnaf ini, maka pihak Yayasan melalui program Sedekah Jumaat pada minggu ini akan menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, tepung gandum, minyak masak, garam, gula, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Bantuan ini akan disalurkan kepada 30 orang OKU asnaf yang sebahagiannya tinggal bersama keluarga masing-masing. Sasaran penerima adalah OKU yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program ini demi melihat golongan OKU asnaf ini dibantu agar mereka dapat meneruskan kehidupan yang sempurna. Semoga usaha kecil kita ini mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”
(HR. Muslim)
Rasulullah SAW juga ada bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. at-Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 10, 2023